Thursday, January 25, 2018

Kerja-kerja pembinaan SUKE tanpa memasang atau menggunakan sistem keselamatan





Setiausaha PRM Selangor Jenice Lee bersama Setiausaha Agung PRM hari ini mengadakan satu sidang akhbar mengenai kerja-kerja pembinaan SUKE tanpa memasang atau menggunakan sistem keselamatan.

Kita dapat melihat bahawa bukit-bukit berdekatan sedang diratakan semasa pembinaan tetapi tidak ada tembok penahan (retaining wall) untuk menahan keruntuhan tanah. Di banyak tempat, satu kain jaring penutup tanah pun tidak kelihatan. Sejak April 2017, air bersama tanah berlumpur ke rumah penduduk Taman Bukit Teratai apabila hujan. Pada setakat ini, kontraktor yang terlibat perlu membantu penduduk mencuci jalan mereka dengan lebih kerap lagi, ini bermaksud tanah sudah longgar dan berlumpur ke bawah bukit tidak stabil. Beberapa hari yang lalu, kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan di Taman Bukit Saga.


Apa yang membimbangkan sekarang ialah hujan yang lebat akan menjadikan tanah yang sudah lembut itu runtuh dan mengancaman nyawa dan kehidupan penduduk. Kami juga ingin tahu mengapa kerajaan negeri di semua peringkat sering mengatakan mereka mahu mengawasi projek pembinaan, tetapi hari ini kita tidak melihat sebarang langkah keselamatan asas. Kita berasa kontraktor harus terlebih dahulu perlu membina dinding menahan tanah dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya sebelum memulakan pembinaan. Jika anda menunggu sehingga selepas kematian orang iaitu sudah terlambat.


Projek itu mulai tahun 2016 dan dijangka siap menjelang 2020 dan nampaknya penduduk masih takut dengan kaedah pembinaan ini.


Walaupun kontraktor yang berkaitan mengadakan dialog bersama penduduk, saya rasa kerja-kerja keselamatan itu lebih penting lagi. Oleh itu, Parti Rakyat Malaysia Selangor menggesa kerajaan supaya mengarahkan kontraktor itu segera mengambil pelbagai langkah perlindungan untuk membolehkan penduduk merasa selesa.


Encik Ganesan merupakan Pengerusi JMB Pangsapuri Bukit Teratai mengadu bahawa 2 hari sebelum ini hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di belakang Pangsapuri. Walaupun kontrkator telah datang cuci parking dan kereta tetapi beliau kuatir nyawa penduduk diancam.


No comments: