Tuesday, March 29, 2011

AKTA PEKERJAAN 1955

Akta Pekerjaan 1955 menetapkan syarat-syarat minimum pekerjaan. Ia adalah untuk semua
pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang gaji
bulanannya tidak melebihi RM1,500 dan semua pekerja manual tidak kira gaji mereka.
Namun begitu, pekerja-perkerja yang gaji mereka di antara RM1,500 dan RM5,000 sebulan
masih boleh mendapatkan pembetulan daripada Jabatan Buruh mengenai gaji dan bayaran
berbentuk tunai lain seperti ditetapkan dalam kontrak perkhidmatan. Di bawah Akta
Pekerjaan 1955:

i) Setiap pekerja mestilah diberikan satu kontrak pekerjaan bertulis yang menetapkan terma
dan syarat pekerjaan, termasuk tempoh notis yang diperlukan untuk berhenti.

ii) Gaji mestilah dibayar tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir mana-mana
tempoh gaji. Slip bayaran diperlukan, membutirkan gaji ditolak sebarang potongan
mengikut undang-undang.

iii) Pekerja-pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja dalam mana-mana kegiatan
perindustrian atau pertanian di antara jam 10.00 malam dan 5.00 pagi, kecuali dengan
kelulusan bertulis terlebih dahulu Ketua Pengarah, Jabatan Buruh.

iv) Pekerja-pekerja wanita layak mendapat cuti bersalin 60 hari bergaji untuk setakat lima
anak yang hidup. Mereka hendaklah dibayar gaji mengikut kadar biasa, tertakluk kepada
minimum RM6.00 sehari.

v) Masa bekerja biasa hendaklah tidak lebih daripada lapan jam sehari atau 48 jam
seminggu.

vi) Pekerja-pekerja layak mendapat cuti bergaji bagi sekurang-kurangnya sepuluh hari cuti
umum yang digazet dalam mana-mana tahun takwim dan mana-mana hari diisytiharkan
sebagai cuti umum di bawah Seksyen 8 Akta Cuti, 1951.

vii)Lapan hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja-pekerja kurang daripada dua tahun
perkhidmatan, 12 hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja-pekerja yang berkhidmat dua
tahun tetapi kurang daripada lima tahun, dan 16 hari cuti bergaji untuk mereka yang
berkhidmat lima tahun atau lebih.

viii)Empat belas hari cuti sakit bergaji untuk pekerja-pekerja kurang dua tahun perkhidmatan,
18 hari cuti sakit bergaji untuk pekerja-pekerja yang berkhidmat dua tahun tetapi kurang
daripada lima tahun dan 22 hari cuti sakit bergaji untuk mereka yang berkhidmat lebih
daripada lima tahun dalam setiap tahun takwim dan di mana diperlukan masuk hospital,
sehingga maksimum 60 hari cuti sakit bergaji setiap tahun takwim.

ix) Bayaran kerja lebihmasa adalah sebanyak minimum satu setengah kali kadar bayaran
sejam pada hari-hari kerja biasa, dua kali kadar sejam pada hari rehat dan tiga kali kadar
sejam pada hari cuti umum. (sumber: http://www.mida.gov.my/beta/pdf/ppbab7.pdf)

Thursday, March 24, 2011

Saya ada di mahkamah untuk kes cikgu cabul 11 pelajar perempuan pagi tadi. Guru besar, timbalan guru besar dan agak 4 orang guru keluar sekolah dan memberi 'sokongan' kepada suspeck. Memang kecewa apakah qualiti pendidikan sekarang, mangsa tidak dijaga tetapi suspek di 'sokong'? Kes ini bukan tuduh sekolah. Adakah kelakuan guru besar dan guru-guru ini telah bercanggah dengan disiplin kakitangan awam?

今早到法庭聆听纪律老师非礼11位学生案件。很惊讶地看到校长、副校长及约4位老师到来‘支持’嫌疑犯。为何不在学校教师而出来‘支持’ 疑犯?这个案件不是针对学校而是这位性骚扰学生的老师。这几位老师的做法是否有违反公务员守则?

Monday, March 07, 2011

Ucapan ADN Teratai Jenice Lee pada 7 hb Mar 2011, Hari Wanita:

Tema Hari Wanita tahun ini adalah “Wanita dan Kesaksamaan”. Walaupun hak wanita di Malaysia semakin meningkat tetapi masih jauh daripada sasaran.

Dalam kes-kes yang saya atasi sebelum ini, saya didapati bukan sahaja lelaki tidak tahun hak asasi manusi tetapi wanita sendiri juga tidak sedar dengan hak istimewa wantia.

Hak istimewa wanita bukan bererti golongan tidak perlu mematuhi undang-undang tetapi ada undang-undang yang melindungi golongan wanita supaya tidak di ganggu dari segi sexual.

Kes yang saya atasi baru-baru ini, iaitu seorang cikgu di Sekolah Pandan Mewah yang mencabul 11 pelajar perempuan merupakan salah satu contoh. Sebelum pelajar masuk ke bilik guru disipline, terdapat seorang cikgu wanita menggunakan perkataan seperti ini “ 11 orang perempuan dan 2 orang lelaki buat apa ‘kerja’ di bilik darjah? Kerja lain ke?” . Hujah itu merupakan satu gangguan sexual dari mulut, cikgu wanita pun tidak sedar bahawa beliau tidak patut cakap begitu.

Dalam mesyuarat diantar ibu bapa dan pihak sekolah, suspek tersebut mengakui beliau hanya sentuh sekali sahaja. Dalam kes ini, walaupun sekalipun cikgu itu tidak boleh sentuh! Ini bermaksud suspek itu tidak sedar kelakuan beliau sudah mengancam hak seseorang wanita dan kelakuan beliau merupakan satu gangguan sexual.

Selepas kejadian tersebut, guru besar sekolah yang merupakan seorang wanita juga tidak megambil apa-apa tindakan yang segera dan tidak pernah jumpa mangsa-mangsa, malang masih membenarkan suspek itu kembali ke sekolah dan berhadapan mangsa-mangsa selepas 3 hari. Ketidak prihatin dan sensitif guru besar sekolah itu amat mengecewakan semua pihak.

6 hari selepas mangsa-mangsa membuat laporan polis, mereka dibawa ke hospital dan diinterview oleh pegawai lelaki dari Jabatan kerja social yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Kesihatan. 11 wanita yang terlibat ditanya-tanya dengan cara-cara cikgu mencabul mereka, dan diantara mereka menangis kerana takut dengan soalan yang dikemukakan. Sebenarnya, kes ini sudah dilaporkan dalam balai polis dan segala butir pun sudah dicatit dalam laporan polis, saya tidak faham kenapa mereka masih Tanya-tanya soalan yang tidak berkenaan lagi.

Pagi ini saya diberitahu ada 2 orang pegawai-seorang lelaki dan seorang wanita dari Jabatan Jemaa Nazir dan Jaminan Kualiti tiba-tiba bertemu dengan 11 wanita mangsa tanpa pengetahuan ibu bapa. Mereka bertanya-tanya dengan soalan yang sama.

Kes tersebut jelas menunjukkan semua pihak terlalu professional dalam mengikut ‘sistem’ dan terlupa dengan perasaan mangsa. Sebenarnya kes seperti gangguan sexual atau rogol haruslah guna cara lain. Segala interview hanya boleh dijalan oleh psychologist atau dalam nasihat psychologist dan mereka hanya boleh diinterview oleh wanita sahaja.

Oleh itu, kesedaran golongan wanita sendiri amat perlu dalam perjuangan kesaksamaan hak wanita di masyarakat ini. Selepas itu, menambahbaik sistem pengurusan untuk mengatasi kes wanita supaya mangsa tidak akan diseksa lagi.