Monday, March 07, 2011

Ucapan ADN Teratai Jenice Lee pada 7 hb Mar 2011, Hari Wanita:

Tema Hari Wanita tahun ini adalah “Wanita dan Kesaksamaan”. Walaupun hak wanita di Malaysia semakin meningkat tetapi masih jauh daripada sasaran.

Dalam kes-kes yang saya atasi sebelum ini, saya didapati bukan sahaja lelaki tidak tahun hak asasi manusi tetapi wanita sendiri juga tidak sedar dengan hak istimewa wantia.

Hak istimewa wanita bukan bererti golongan tidak perlu mematuhi undang-undang tetapi ada undang-undang yang melindungi golongan wanita supaya tidak di ganggu dari segi sexual.

Kes yang saya atasi baru-baru ini, iaitu seorang cikgu di Sekolah Pandan Mewah yang mencabul 11 pelajar perempuan merupakan salah satu contoh. Sebelum pelajar masuk ke bilik guru disipline, terdapat seorang cikgu wanita menggunakan perkataan seperti ini “ 11 orang perempuan dan 2 orang lelaki buat apa ‘kerja’ di bilik darjah? Kerja lain ke?” . Hujah itu merupakan satu gangguan sexual dari mulut, cikgu wanita pun tidak sedar bahawa beliau tidak patut cakap begitu.

Dalam mesyuarat diantar ibu bapa dan pihak sekolah, suspek tersebut mengakui beliau hanya sentuh sekali sahaja. Dalam kes ini, walaupun sekalipun cikgu itu tidak boleh sentuh! Ini bermaksud suspek itu tidak sedar kelakuan beliau sudah mengancam hak seseorang wanita dan kelakuan beliau merupakan satu gangguan sexual.

Selepas kejadian tersebut, guru besar sekolah yang merupakan seorang wanita juga tidak megambil apa-apa tindakan yang segera dan tidak pernah jumpa mangsa-mangsa, malang masih membenarkan suspek itu kembali ke sekolah dan berhadapan mangsa-mangsa selepas 3 hari. Ketidak prihatin dan sensitif guru besar sekolah itu amat mengecewakan semua pihak.

6 hari selepas mangsa-mangsa membuat laporan polis, mereka dibawa ke hospital dan diinterview oleh pegawai lelaki dari Jabatan kerja social yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Kesihatan. 11 wanita yang terlibat ditanya-tanya dengan cara-cara cikgu mencabul mereka, dan diantara mereka menangis kerana takut dengan soalan yang dikemukakan. Sebenarnya, kes ini sudah dilaporkan dalam balai polis dan segala butir pun sudah dicatit dalam laporan polis, saya tidak faham kenapa mereka masih Tanya-tanya soalan yang tidak berkenaan lagi.

Pagi ini saya diberitahu ada 2 orang pegawai-seorang lelaki dan seorang wanita dari Jabatan Jemaa Nazir dan Jaminan Kualiti tiba-tiba bertemu dengan 11 wanita mangsa tanpa pengetahuan ibu bapa. Mereka bertanya-tanya dengan soalan yang sama.

Kes tersebut jelas menunjukkan semua pihak terlalu professional dalam mengikut ‘sistem’ dan terlupa dengan perasaan mangsa. Sebenarnya kes seperti gangguan sexual atau rogol haruslah guna cara lain. Segala interview hanya boleh dijalan oleh psychologist atau dalam nasihat psychologist dan mereka hanya boleh diinterview oleh wanita sahaja.

Oleh itu, kesedaran golongan wanita sendiri amat perlu dalam perjuangan kesaksamaan hak wanita di masyarakat ini. Selepas itu, menambahbaik sistem pengurusan untuk mengatasi kes wanita supaya mangsa tidak akan diseksa lagi.

No comments: