Friday, January 19, 2018

Kenyataan Akhbar oleh Jenice Lee atas penyertaannya dalam Parti Rakyat Malaysia (PRM)


Dengan segala hormatnya, saya ingin mengumumkan bahawa saya telah menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM)!
Saya berasa amat gembira dan bangga dapat menjadi ahli PRM dan akan bekerjasama dengan pimpinan PRM dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU-14) yang boleh diadakan bila-bila masa.
Saya berkeyakinan PRM dapat membawa perubahan lanskap politik di Malaysia kerana ia merupakan sebuah parti politik yang berprinsip dan betul-betul memperjuangkan hak-hak rakyat untuk memastikan adil and saksama pada setiap kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa atau kedudukan.
Selaras dengan kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh pimpinan parti, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya, terutamanya dalam mempromosikan visi dan misi parti. Selain itu, saya berasa party ini lebih dekat dengan rakyat. Lanjutan daripada itu, kita bertekad menarik lebih ramai orang yang bersetuju dengan objektif dan prinsip perjuangan parti untuk menganggotai PRM. Bersama dengan ahli dan sukarelawan, kita membentuk jentera pilihanraya yang kompeten dalam masa yang terdekat untuk bergerak bersama-sama dalam pilihanraya yang akan datang.
Sudah sekian lama saya berkecimpung dalam bidang politik. Ketika zaman muda, saya merupakan pemimpin mahasiswa yang giat menyertai gerakan reformasi pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, tahun 2000, saya menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP). Saya dipilih sebagai ADUN Teratai (Selangor) pada tahun 2008.
Saya pernah menjawat Timbalan Pengerusi Pemuda DAP (DAPSY) dan menang dalam pilihan parti DAP negeri Selangor dengan memperolehi undi tertinggi. Walau bagaimanapun, saya difitnah terlibat dalam salah laku dan rasuah oleh seorang pemimpin kanan DAP sebelum PRU-13, sampai hari ini tiada bukti yang kukuh dikemukakan. Oleh yang sedemikian, saya bertanding atas tiket bebas pada PRU-13.
5 tahun kebelakangan ini, saya telah menubuhkan NGO dan aktif berkhidmat di kawasan Pandan dan Teratai secara sukarela. Jesteru itu,penduduk di kawasan tersebut masih mengenali dan menaruh keyakinan
terhadap saya.
xxxxxxxxxxx
Sehubungan dengan itu, kita memerlukan penglibatan sukarelawan dalam
pilihanraya akan datang. Sila hantarkan e-mel kepada kami di
prmselangor@gmail.com atau mesej melalui whatsapp 013-881 0422 dan kemukakan nama, alamat serta numbor telefon anda supaya petugas kami dapat menghubungi anda.
Orang ramai juga boleh berinteraksi dengan kita melalui https://www.facebook.com/leeyingha

No comments: