Friday, January 19, 2018

Kenyataan akhbar Setiausaha Agung PRM – Sdr Koh Swe Yong 20-01-2018



Memperkenalkan Jenice Lee:

Hari ini kita amat bangga kerana sdri Jenice Lee dan anggota baru menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM), memilih platform PRM berkhidmat untuk rakyat.
PRM mengalu-alukan sesiapa yang progresif, berjiwa rakyat untuk bersama membina Malaysia Baru, cita-cita perjuangan PRM.
Sdri Jenice Lee ialah bekas ADUN Teratai pada tahun 2008-2013. Beliau pada masa itu juga merupakan pembantu EXCO Jabatan Belia & Sukan di Selangor. Beliau graduan dari Universiti Sydney, Australia dan belajar politik, ekonomi dan Hubungan Antarabangsa (Economics, Politics & International Relationship).

Sdri Jenice Lee merupakan ahli politik yang amat istimewa dan berjiwa rakyat, selalu bergaul dan mengambil berat akan susah payah orang ramai. Selain itu, Sdri Lee mengadakan pelbagi kempen menjaga alam sekitar di peringkat negeri Selangor semasa beliau menjadi pembantu EXCO. Beliau telah berjaya mempromosikan Kebudayaan & Kesenian di kalangan orang muda dengan mengadakan majlis penghargaan yang dinamakan “Selangor Young Talent Awards”. Di peringkat nasional beliau bersama-sama dengan ahlinya memperjuangkan hak-hak rakyat.

Ini adalah luar biasa bagi seorang wanita muda yang begitu aktif dalam berkhidmat untuk rakyat . Penyertaan beliau ke PRM adalah satu aset bagi parti dan juga rakyat, petanda baik bahawa perjuangan PRM semakin mendapat sambutan dan keyakinan rakyat.

Sdri Jenice Lee dilantik Setiausaha PRM Selangor, saya Pengerusi dan Sdr Sharifuddin Shaari naib pengerusi PRM Selangor. Kami yakin, dengan kekuatan kita, orang ramai akan memberikan sokongan yang kuat kepada PRM.

Kini PRM menyusun semula strategi parti dan akan memasuki pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kesedaran rakyat yang kian meningkat, sokongan kepada PRM akan makin naik. Cita-cita Parti untuk membina Malaysia Baru Demi Rakyat akan menjadi realiti dengan sokongan rakyat.

Rakyat telah kecewa dengan BN & PH kerana mereka hanya mementingkan sendiri dan mendatangkan pelbagai masalah ekonomi, sosial, perpecahan dan ketidak-harmonian masyarakat .


Pengumuman calon.

Dengan sukacitanya kita mengumumkan sdri. Jenice Lee akan mewakili PRM bertanding di Parlimen Pandan dan DUN Teratai dalam PRU-14.


No comments: