Thursday, November 16, 2017

Kempen Sosial - Undi Saya Pilihan Saya


Politik di Malaysia telah melalui beberapa proses pembangunan bermula pada tahun 1998. Dari gerakan reformasi ke tsunami politik pada 8 Mac, 2008, ia membawa perubahan landskap kepada demokrasi di negara ini. Setiap rakyat Malaysia membuang undi untuk memilih wakil mereka dan seterusnya mempercepatkan pembentukan dua gabungan politik utama di Malaysia.

Walaupun diharapkan kedua-dua gabungan politik utama ini boleh memainkan peranan semak-dan-mengimbang antara satu sama lain, tetapi didapati bahawa gabungan baru, Pakatan Harapan, PH (yang sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) tidak dapat memenuhi andaian ramai. Dengan tertambahnya Parti Bersatu sebagai ahli gabungan baru, kini kelihatan seperti visi gabungan yang asal sudah menjadi pudar. Dalam masa yang sama, parti Barisan Nasional tradisional (BN) pula sedang melalui sesuatu proses reformasi yang sungguh perlahan dan sukar untuk memenuhi cita-cita rakyat yang kini dikuasai Era Maklumat.

Di samping itu, ramai orang muda yang sebelum ini banyak kali menyertai kempen-kempen reformasi secara agresif kini tambah kecewa dan berubah mengambil pendirian baru mempromosikan membuang undi rosak pula.

Dalam sebuah negara berdemokrasi mengutamakan prinsip satu orang, satu undi untuk memilih wakil rakyat. Parti yang menang kerusi terbanyak akan membentuk kerajaan. Peranan kerajaan adalah menggubal undang-undang dan dasar-dasar supaya pembangunan ekonomi dan sosial berjalan lancar.

Air boleh mengapungkan sebuah kapal, tetapi air juga boleh menenggelamkannya. Semua ahli-ahli politik, wakil rakyat atau kerajaan tidak boleh menyambut sokongan rakyat dan menghampakan sokongan yang diberi itu. Rakyat pula digalakkan agar tidak mengundi mengikut logo parti sambil mengabaikan kualiti calon-calon yang mewakili parti mereka. Rakyat digesa supaya menimbangkan kualiti calon dulu, dan kemudian mengambil kira unsur-unsur lain sebelum mengundi. Ini adalah cara yang sungguh berkesan untuk memaksa setiap parti supaya menamakan calon-calon yang berkualiti dan mempunyai visi politik. Jika pengundi membuang undi secara membuta tuli menyokong parti tanpa syarat, kita sebenarnya menggalakkan amalan berdiktator di dalam parti politik dan menggalakkan nepotisme dan kronisme semasa pemilihan calon kerana hanya orang yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin tertinggi akan diberi peluang untuk bertanding.

Sebagai rakyat Malaysia kita berhak membuang undi rosak, sama ada mengundi BN ataupun PH, mengundi parti kecil ataupun calon bebas. Tiada sesiapa yang akan didiskriminasi atau diserang oleh sesiapa kerana membuat pilihan. Kami menyokong perdebatan rasional, kami menggalakkan analisis dan pemikiran yang matang, dan kami menolak sebarang bentuk keganasan untuk menghentikan orang dari mempromosikan atau menyuarakan pandangan mereka.

Kami bersama-sama menyokong 6 syarat-syarat seperti berikut:

1. Ssempadan kawasan mengundi dibuat berdasarkan jumlah penduduk dan jumlah perbezaan antara setiap bahagian pilihan raya tidak boleh melebihi 15% dari jumlah penduduk yang lain. Ini akan memastikan bahawa prinsip satu orang, satu undi boleh dilaksanakan dengan adil.

  1. Kita perlu mengisytiharkan dan mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan menolak sebarang pandangan keterlaluan di segi agama.

  1. Memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan, supaya pengundi boleh terus mengawasi dan memantau prestasi kerajaan tempatan.

  1. Memansuhkan undang-undang zalim seperti Akta Hasutan, Akta Percetakan & Penerbitan, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

  1. Pihak media dianggap kuasa ke-empat dalam struktur politik Malaysia, memainkan peranan sebagai penyemak prestasi kerajaan. Kerajaan atau ahli politik tidak boleh menyaman media sesuka hati mereka untuk menghalang media daripada melaksanakan peranan “check-and-balance” mereka kerana rakyat mempunyai hak untuk mengetahui situasi sebenar.

  1. Malaysia adalah negara kepelbagaian dan masyarakat berbilang etnik. Kami menggesa untuk memulihkan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai pilihan untuk ibu bapa. Asal yang berbeza sekolah mewujudkan pelbagai pelajar yang berbakat dalam pelbagai bidang, supaya Malaysia boleh menekan pada kepada masyarakat antarabangsa.

  1. Semua sekolah rendah mesti diberi taraf yang sama, oleh itu, semua sekolah rendah cina atau tamil perlu diberi peruntukkan secara sistematik.

  1. Mengiktiraf Peperiksaan Bersepadu Cina (UEC) sebagai satu sijil yang rasmi dan memperuntukkan dana kepada sekolah persendirian cina secara sistematik.

  1. Rumah adalah keperluan asas untuk semua rakyat, kerajaan perlu mengubal dasar supaya mengelakkan keuntungan penjualan hartanah yang terlampau dan mengelakkan spekulasi.
  2. Melaksanakan Akta Kebebasan Maklumat (FOI) secara menyeluruh dan memastikan semua rakyat boleh mendapat dokumen dan maklumat yang sahih dan terikat oleh undang-undang.
    Kita berharap semua NGO-NGO atau peribagi mengeluarkan permintaan sendiri masing-masing dan kita hanya undi sesiapa yang menerima permintaan rakyat.

Kempen ini dipimpin oleh Persatuan Gerakan Kesedaran Sivil Malaysia (Chairperson Jenice Lee Ying Ha formerly ADUN Teratai). Disokong oleh Persatuan Warga Emas Selangor (Chairperson Leong Kwong Wah), Mahkota Garden JMB (Chairperson Liew Jin Nan), Seksyen 3 KRT, Bandar Mahkota Cheras ( Chairperson Wong Kim Hock, Persatuan Penduduk Seksyen 7 Bandar Mahkota Cheras Vice Chairperson Henky ) & Persatuan Kebajikan Kim Eng Ampang (Secretary Andrew Chia). Residents spoke person Tan Hon Kuo (Chairperson of Persatuan Penduduk Vista Hill) 012-2239529

Facebook fan page: https://www.facebook.com/Rakyat-Adalah-Bos-Undi-Saya-Pilihan-Saya-1877632342488456/

No comments: