Monday, May 07, 2018

Berilah kami SATU PELUANG menjadi pembangkang & berkhidmat untuk rakyat


Sokong PRM jadi pembangkang sejati, berkhidmat and berjuang untuk rakyat!
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing membentuk kerajaan pusat dan negeri. Kedua-dua gabungan politik ini sibuk mengutamakan kepentingan sendiri dan telah mengabaikan isu-isu yang disuarakan rakyat. Satu pihak mendedahkan skandal negara yang melibatkan dana RM2.6 billion. Namun di sisi lain ada pihak pula membongkar skandal kerajaan negeri Pulau Pinang yang membabitkan projek bernilai RM6.3 billion. Manakala kerajaan negeri Selangor juga terdedah dalam kes urus niaga tanah yang bernilai RM1.18 billion. Apakah ini yang rakyat Malaysia inginkan setelah memberikan mandat politik sepenuh hati mereka ke gabungan-gabungan politik tertentu?

Jika hari ini kita mempunyai parti pembangkang sejati yang kuat masuk ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk menyemak dan memantau kerajaan, bertambahlah mata yang melihat dan tangan yang menghalang penyalahgunaan dan penyelewengan.

Memandangkan kedua-dua kem politik menganggap sokongan rakyat kepada mereka itu sebagai satu kepastian, lebih baik kita memberi SATU PELUANG kepada Parti Rakyat Malaysia (PRM), parti yang menghargai undi anda dan sudi berkhidmat untuk anda.

2 comments:

The Ox 2009 said...


Labels: 40% arena (men)jadi ahli PRM 9Sept2018 manakala 60% MCA arena = ahli PKR 24 Sept 2018 = An Jing Bentong senyum se kurang-Pkuranya M

http://happybuddha4.blogspot.com/

AzminAliketawa bila Anjing weeKS minta terima Kasih kerana msia star toiletpaper menjadi anjingrasmi PortKR 22DSonsept 2018 dari Ben 3tong

The Ox 2009 said...


40% MCA 9/9/2018 maintain in PRM 24/9/2018

https://2buddhahappy.blogspot.com/

60% - 30% to DAP 24/9/2018 = 30% PKR ...
( MCAnjing Bentong thumbs up DAP Boleh )