Sunday, March 11, 2018

Jenice Lee & Dennis Wan menziarahi Kg Baru Balakong demi meraikan Hari Wanita Sedunia

Perayaan Hari Wanita Sedunia ini disambut setiap tahun dengan matlamat memberi sokongan dan mengiktiraf sumbangan serta peranan wanita dalam pembangunan masyarakat. Selain itu, ia juga mengingatkan kedudukan sosial dan kesaksamaan antara golongan wanita dan lelaki di masyarakat
kita. Kajian menunjukkan bahawa status sosial wanita di negara kita telah bertambah baik walaupun perkembangan agak perlahan. Penyertaan politik dan masalah yang dihadapi wanita di tempat kerja seringkala diabaikan.

Sistem pilihanraya perlu berubah sekiranya ingin melibatkan lebih ramai wanita dalam politik. Sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia adalah berasaskan kelebihan suara mudah (simple majority.
first past-the-post) dalam pemilihan wakil rakyat. Untuk membolehkan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam proses pembentukan dasar di dewan, pihak berkenaan sepatutnya menpertimbangkan cadangan mewujudkan sistem perwakilan berkadar (Propotional Representation). Perwakilan
Berkadar merupakan suatu sistem pengundian atau pilihan raya di mana keputusan akhir pilihan raya adalah berdasarkan kepada agihan undi yang diperolehi oleh setiap parti. Menerusi Sistem Senarai Parti
(Party List System), semua parti akan menyenaraikan nama calon-calon yang mewakili parti masing-masing. Semua nama ini akan dicetak ke atas kertas undi. Sewaktu pilihan raya, para pengundi akan memilih parti dan bukannya calon individu. Jika sesuatu parti menghargai calon wanita, pastilah mereka berada di giliran hadapan, apabila parti mendapat undi tertentu, mereka akan dipilih menjadi wakil dan dapat membentangkan cadangan-cadangan yang bernas dan menjaga keutamaan wanita di dewan.

Di samping itu, beliau juga mencadangkan bahawa Akta Gangguan Seksual dijadikan sebagai satu Akta berdikari (Stand alone act). Pada masa ini, isu gangguan seksual hanya boleh dirujuk kepada Akta Pekerjaan (Employment Act) ataupun kod jenayah dan ia tidak mencukupi. Selain akta-akta yang disebut diatas, prosedur undang-undang bagi isu gangguan seksual haruslah mudah dan cepat. Jika tidak dan masa yang diperlukan berpanjangan, mangsa mungkin senang berputus asas atau sudah meletak jawatan, suspek dapat melepaskan diri dari hukuman undang-undang.

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia!

No comments: