Sunday, March 11, 2018

Hari Wanita Sedunia bersama penduduk di Selayang

Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM) Saudara Koh Swe Yong
mengagih gula-gula kepada kaum wanita sempena Hari Wanita Sedunia 8 Mac di
Pasar Pagi Taman Selayang Jaya sebagai tanda penghargaan kepada kaum wanita.


Sumbangan kaum wanita kepada masyarakat dan keluarga diiktiraf, akan tetapi setakat ini konsep kesaksamaan lelaki dan wanita masih belum lagi dicapai di semua peringkat masyarakat. Oleh yang demikian Parti Rakyat Malaysia akan meneruskan perjuangan demi mempertingkatkan kedudukan kaum wanita di Malaysia.

Selaras dengan cita-cita perjuangan, PRM berazam :

1. Menggubal undang-undang dan dasar-dasar demi mempertahankan hak wanita dan membanteras segala diskriminasi dan keganasan terhadap wanita.

2 Satu dasar lengkap yang merangkumi prasarana dan sistem untuk mengatasi jenayah terhadap keganasan rumah tangga. Ini termasuk membantu mangsa dalam proses membuat laporan polis, mahkamah, kaunseling dan pemulihan.

3. Melaksanakan dasar untuk menghapuskan kemiskinan khususnya pekerja wanita yang berpendapatan rendah. Kesaksamaan dan kesamaan untuk semua hanya boleh direakisasikan jika wanita termasuk suri rumah mencapai status kebebasan kewangan.

4. Mengintegrasikan latihan atau konsep kesaksamaan jantina dalam pendidikan sekolah, ini merupakan cara yang lebih berkesan untuk mengubah sikap diskriminasi terhadap wanita.

5. Untuk menggalakkan wanita mengambil bahagian dalam pembangunan negara, kerajaan harus menyediakan insentif, menggalakkan sektor swasta mengupah kakitangan wanita dan memberi fleksibiliti masa bekerja atau bekerja dari rumah demi menggalakkan lebih ramai wanita bekerja.

No comments: