Tuesday, February 13, 2018

Please respect different voices / opinion!

Maryam Lee binti Mohammad Ramli Lee decided to lodge police report against the cyber-bullying that happened to me after I spoken out in an #UndiRosak forum at Selangor/KL Chinese Assembly Hall recently.
The reasons I am making this police report is because there have been threats of violence, dissemination of sexually explicit photos, and active defamation by hoax websites. I want the police to investigate the persons behind all these threats and take action against them for their crimes.
Although I am not sure if the police would even take cyber bullying seriously, I will lodge the police report anyway, because this concerns my personal security and mental health due to the pressure created by these cyber trooper..
__________________________________
Setiausaha PRM Selangor Jenice Lee mengutuk serangan cyber trooper terhadap Maryam Lee dengan sekeras-kerasnya. Beliau berkata ini adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan keganasan. Mereka tidak patut serang seorang aktivis wanita muda tanpa asas, jika tidak bersetuju mereka boleh memberi pandangan sendiri dan bukan buat serangan seksual di laman sosial.
Selain dari Maryam Lee, pelawak yang terkenal Harith Iskandar baru-baru ini diserang oleh netizen kerana beliau muat naik satu gambar bersama isteri Perdana Menteri. Saya berasa pelik apabila pasangan Lim Guan Eng ambil gambar bersama isteri Perdana Menteri netizens atau cyber trooper tersebut "terima secara senyap dan menyepi" ?
Beliau menggesa rakyat untuk menegakkan konsep kebebasan bersuara secara bertanggungjawab. Kita mesti menerima pendapat yang berbeza secara bertoleransi. Jika ada pandangan yang berlainan mereka boleh mengadakan satu debat yang sihat demi menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan.
Sebagai ahli politik saya mengalakkan semua rakyat datang mengundi tetapi pada masa yang sama, kita mesti mendengar pendapat orang ramai supaya memperbetulkan dan menambah baik dasar-dasar yang sedia ada. Parti Rakyat Malaysia merupakan salah satu parti yang paling lama di Malaysia, menyokong demokrasi, kebebasan, keadilan dan kesaksamaan masyarakat. Kami akan menjadi satu kuasa politik baru untuk memeriksa dan menyeimbangkan pembangunan politik BN atau PH di Malaysia
_________________________________________
Ketua Wanita PRM Selangor Nive Yong berkata bahawa wanita di masyarakat kita selalu mengalami masalah dikriminasi dan diserang apabila menyertai kempen sosial atau politik di Malaysia. Beliau menyeru supaya pihak pemerintah dan pembangkang berusaha sedaya upaya untuk menaik taraf kedudukan wanita di Malaysia. Kami perlu mendidik dan memupuk minda masyarakat supaya sentimen diskriminasi dan kebencian perlu dihentikan.
Maryam Lee sebagai seorang aktivis wanita muda yang diserang dalam laman web kerana beliau hanya ingin menyuarakan pandangan beliau untuk menyokong undi rosak. Kes ini bukan pertama kali dan bukan terakhir kerana sikap toleransi sudah hilang dalam masyarakat kita. Serangan tersebut menlibatkan banyak statemen gangguan seksual yang tidak berasas.
Beliau menyeru supaya ahli-ahli politik dan aktivis wanita perlu bersama-sama kutuk semua serangan dilaman web dan memupuk prinsip kebebasan bersuara yang bertanggungjawab.

No comments: