Tuesday, March 06, 2012


Hari Wanita 2012:

DAPSY Selangor menuntut agar phak polis mengambil berat isu keselamatan dan sekuriti wanita



Kelana Jaya, 7 Mac 2012: Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Selangor (DAPSY Selangor) meraikan Hari Wanita Sedunia tahun 2012 dengan menghulurkan wisel kepada golongan wanita di Stesen LRT Kelana Jaya. DAPSY Selangor berpendapat bahawa tindakan membawa wisel mungkin tidak berciri “hi-tech” atau “sofistikated” tetapi alat yang kecil ini mampu menarik perhatian orang ramai apabila ditiup, jika mangsa diserang atau diancam.

Ketua DAPSY Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Teratai Jenice Lee mengatakan bahawa wanita sering disasar oleh peragut dan perompak oleh kerana dari segi fisiologi dan kekuatan fizikal, golongan wanita lemah dibandingkan dengan lelaki. Apabila berada di kawasan awam, kadang-kadang mereka juga terpaksa melindungi anak-anak dari ancaman dan dalam proses itu, mengalami kecederaan ketika diragut.

"Pihak polis bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman, tetapi pihak polis sering memberi alasan seperti kekurangan kakitangan dan tidak dapat menyelesaikan masalah keselamatan masyarakat,” hujah Jenice.

Demi mengatasi isu keselamatan yang kronik terutamanya di kawasan Petaling Jaya, MBPJ telah membuat permintaan kepada Kerajaan Pusat pada bulan Disember 2009 untuk mengupah polis bantuan. Tujuannya adalah untuk membantu pihak polis untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan tahap keselamatan penduduk di kawasan bandar, tetapi malangnya ia telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri. Oleh demikian, Kerajaan Selangor telah membantu membuat rayuan bagi pihak MBPJ tetapi hingga hari ini, pihak MBPJ masih belum terima apa-apa jawapan atau respon.

Jenice juga menjelaskan bahawa kawasan KLIA dan kawasan Sunway dilengkapi pihak polis bantuan untuk kerja-kerja rondaan tetapi Kementerian Dalam Negeri tetap tidak meluluskan permohonan MPBJ dan kerajaan Negeri Selangor dan ia merupakan keputusan yang tidak wajar.

Difahamkan juga bahawa baru-baru ini, kawasan selatan Johor terutamanya Iskandar Malaysia dilengkapi polis bantuan/komuniti, tetapi kawasan-kawasan yang mengalami kadar jenayah yang tinggi di Lembah Kelang tidak diperuntukkan perkhidmatan yang sama.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 memperuntukkan bajet yang besar untuk pihak Polis Di Raja Malaysia, iaitu RM400 juta. DAPSY Selangor berharap wang rakyat selaku pembayar cukai ini boleh digunakan untuk meningkatkan keupayaan pihak polis, terutama dalam usaha menjaga keselamatan keselamatan golongan wanita.

DAPSY Selangor menyeru kepada golongan wanita supaya meningkatkan kesedaran dan kepekaan kepada alam sekitar apabila berada di kawasan awam pada setiap masa.


From Left 3 Ang Lee Yong Dapsy Selangor Comm, Jenice Lee 李映霞Dapsy Selangor Chief cum ADN Teratai, from Right Sivakumar Periasamy Ketua DAPSY Sepang, Lim Lip Suan 林立Naib Ketua Dapsy Selangor & ADN Telok Datok Philip Tan also giving his support to this event.

No comments: