Thursday, November 22, 2012

Ucapan Teratai dalam Perbahasan Perbekalan (2013) 21/11/2012

Tuan speaker,

1) Pujian Daripada Audit Negara

1)      Teratai ingin memberi pujian kepada kerajaan kerana 8 agensi di bawah Kerajaan Selangor telah mencapai tahap prestasi pengurusan kewangan sangat baik iaitu 4 bintang. Ini menunjukkan kebolehan kerajaan PR dan pengurusan kewangan atau duit rakyat.

Saya berharap semua pegawai-pegawai dan kakitangan di seluruh negeri Selangor terus memberi sokongan dan kerjasama dengan meningkatkan sistem penyampaian dan pengurusan supaya semua agensi pun dapat 4 bintang dalam masa akan datang.

Tuan Speaker,

Hutang Talam
2)      Sedangkan Kerajaan PR dalam beberapa tahun yang lalu telah berusaha untuk mengutip hutang-hutang dari pelbagai syarikat contoh Talam. Y.B. KKB mengambil masa panjang dan lebar untuk mengutuk kerajaan. Teratai tidak faham, kalau Y.B. KKB dan rakan-rakan BN mementingkan isu ini kenapa tidak hadir ke seminar-seminar berkenaan isu Talam yang dianjurkan oleh kerajaan? Masuk dewan seolah-olahnya apa-apa pun tidak tahu bagaimana transaksi dilakukan.

Isu ini jelas, jika Talam berhutang, kerajaan mengambil alih asset mereka supaya ‘contra’ hutang-hutang yang ada sahaja.


Tuan Speaker,

Minta Koordinasi Diantar EXCO Untuk Melancarkan Pelbagai Program
3)      Dalam beberapa tahun ini semua EXCO cuba memperkenalkan program atau sistem yang baru. Hasrat EXCO adalah memastikan informasi atau dasar baru dapat dilaksanakan di semua DUN.

Sampai hari ini hampir semua program dilaksanakan melalui pejabat DUN. Oleh kerana kekurangan koordinasi diantar EXCO jadi masing-masing menyarankan kerja kepada pejabat DUN atau pejabat penyelaras DUN.

Oleh sebab itu, pejabat ADN atau penyelaras dijadikan pejabat ‘event organising’ . contoh, pemberian hamper hari raya & deepavali,pejabat kita bukan sahaja cari penerima, buat panggilan dan sampaikan hamper tetapi perlu juga mengaturkan pengangkutan untuk mengambil barang-barangan dari pelbagai setor dan mengaturkan orang untuk membungkuskan semua hamper tersebut.

Pada masa yang sama EXCO pendidikan dan EXCO wanita masing-masing meminta bantuan untuk menganjurkan program yang dirancangkan oleh mereka.

Saya tidak menafikan program-program tersebut boleh membawa manfaat kepada penduduk tetapi perlu ada satu keseimbangan kerana pejabat masing-masing ada program tempatan dan juga berperanan untuk mengatasi masalah-masalah penduduk.

Tuan speaker,

4) Pemilihan Ketua Kampung 
Kita difahamkan rizab  kerajaan semakin bertambah, walaupun hasrat MB adalah untuk simpankannya untuk kecemasan. Tetapi Teratai bercadang sebahagian daripada rizab itu boleh digunakan untuk tujuan mengadakan pemilihan Ketua-ketua kampong.

Pemilihan Ketua Kg, termasuk Kg Melayu, Kg Tersusun dan Kg Baru Cina
Dalam tahun 2011, negeri Selangor telah mengadakan percubaan dalam pemilihan ketua kg di tiga-tiga kampong. Ini telah menunjukkan hasrat kerajaan untuk mendemokrasikan negeri Selangor ini dengan menurukan kuasa untuk orang-orang kampong.

Saya berharap kerajaan boleh meneruskan usaha ini dengan mengadakan pemilihan ketua kampong di kg-kg lain. Saya tidak bercita-cita untuk mengadakan pilihanraya ini di semua kg secara serentak kerana ada beberapa kekangan teknikal tetapi kita harus menghala ke depan dengan merancang beberapa pilihanraya ketua kg dalam masa yang terdekat.
Saya berharap usaha kerajaan tidak akan berhenti di “trial run period” tetapi haruslah merancang dengan betul-betul jika tidak perlantikan ketua kampong akan dikatakan perlantikan ‘kroni’.

Sama juga untuk pemilihan ahli-ahli majlis. Walaupun ramai orang tidak sedar kepentingan untuk memilih ahli-ahli majlis tetapi secara prinsip kita haruslah mengembalikan kuasa kepada rakyat dengan mengadakan pilihanraya ahli-ahli majlis.

5. Geran Selangorku
Akhirnya saya ingin berucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor kerana menyediakan geran untuk menaik taraf fasiliti di seluruh negeri Selangor.
Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan memulangkan hasil negeri kepada rakyat di Selangor melalui geran tersebut. Tapi saya berharap perlaksanaan projek ini boleh dipercepatkan supaya rakyat dapat menikmati hasil tersebut.

No comments: