Setiausaha
PRM Selangor Jenice Lee bersama
Setiausaha Agung PRM hari
ini mengadakan satu sidang akhbar mengenai kerja-kerja pembinaan SUKE
tanpa memasang atau menggunakan sistem keselamatan.
Kita dapat melihat bahawa bukit-bukit berdekatan sedang diratakan semasa pembinaan tetapi tidak ada tembok penahan (retaining wall) untuk menahan keruntuhan tanah. Di banyak tempat, satu kain jaring penutup tanah pun tidak kelihatan. Sejak April 2017, air bersama tanah berlumpur ke rumah penduduk Taman Bukit Teratai apabila hujan. Pada setakat ini, kontraktor yang terlibat perlu membantu penduduk mencuci jalan mereka dengan lebih kerap lagi, ini bermaksud tanah sudah longgar dan berlumpur ke bawah bukit tidak stabil. Beberapa hari yang lalu, kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan di Taman Bukit Saga.

Apa
yang membimbangkan sekarang ialah hujan yang lebat akan menjadikan
tanah yang sudah lembut itu runtuh dan mengancaman nyawa dan
kehidupan penduduk. Kami juga ingin tahu mengapa kerajaan negeri di
semua peringkat sering mengatakan mereka mahu mengawasi projek
pembinaan, tetapi hari ini kita tidak melihat sebarang langkah
keselamatan asas. Kita berasa kontraktor harus terlebih dahulu perlu
membina dinding menahan tanah dan mengambil langkah-langkah
keselamatan yang sepatutnya sebelum memulakan pembinaan. Jika anda
menunggu sehingga selepas kematian orang iaitu sudah terlambat.
Projek
itu mulai tahun 2016 dan dijangka siap menjelang 2020 dan nampaknya
penduduk masih takut dengan kaedah pembinaan ini.
Walaupun
kontraktor yang berkaitan mengadakan dialog bersama penduduk, saya
rasa kerja-kerja keselamatan itu lebih penting lagi. Oleh itu, Parti
Rakyat Malaysia Selangor menggesa kerajaan supaya mengarahkan
kontraktor itu segera mengambil pelbagai langkah perlindungan untuk
membolehkan penduduk merasa selesa.
Encik
Ganesan merupakan Pengerusi JMB Pangsapuri Bukit Teratai mengadu
bahawa 2 hari sebelum ini hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di
belakang Pangsapuri. Walaupun kontrkator telah datang cuci parking
dan kereta tetapi beliau kuatir nyawa penduduk diancam.
No comments:
Post a Comment