Parti Rakyat Malaysia (PRM) merupakan salah satu parti politik tertua di negara kita. PRM juga parti politik berbilang kaum yang masih kekal bergiat sejak ditubuhkan pada 11 November 1955. Pengasas ialah Ahmad Boestamam, pejuang kemerdekaan dan rakyat.
PRM
berpengaruh dan mendapat sambutan rakyat kerana berjuang bukan untuk
kepentingan diri sendiri, tetapi memperjuangkan kebajikan rakyat dan
negara. Cita-cita inilah yang menjadi daya dorongan kuat kepada
anggota berkorban demi rakyat.
Oleh
sebab itu, sepanjang perjuangan PRM sejak ditubuhkan, PRM ditekan,
dimomok dan ditahan di bawah Akta Dharurat 1948 dan ISA (Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960).
Sejak
peristiwa 2.13 iaitu bantahan raksasa PRM dan Parti Buruh terhadap
melanjutkan tempoh tahanan 2 tahun Ahmad Boestamam di bawah ISA,
pengaruh PRM makin kecil, keanggotaannya mengurang, tetapi
semangat memperjuangkan kebajikan rakyat kental.
Setelah
60 tahun merdeka, negara kita memasuki era yang sesuai untuk PRM
memperluas pengaruh. Rakyat makin insaf. Rakyat hendak perubahan.
Pagi
ini, PRM mengadakan sidang media untuk mengumumkan dan mengalu-alukan
kemasukan Sdri Jenice Lee Ying Ha menyertai dan bergiat bersama PRM.
Dengan
kemasukan sdri Lee Ying Ha dan kemasukan anggota baru di negeri Kedah
dan Pulau Pinang belakangan ini, pengaruh PRM berkembang dari utara
ke tengah Semenanjung. PRM akan kembali berpengaruh di seluruh
negara.
Kami
percaya, selepas ini ada lagi rakyat Malaysia yang bercita-cita
berjuang untuk rakyat dan negara akan menyertai PRM. PRM akan
bertanding dalam PRU akan datang. PRM akan menjadi parti pemerintah.
No comments:
Post a Comment