1) Pujian Daripada Audit Negara
1)
Teratai ingin
memberi pujian kepada kerajaan kerana 8 agensi di bawah Kerajaan Selangor telah
mencapai tahap prestasi pengurusan kewangan sangat baik iaitu 4 bintang. Ini
menunjukkan kebolehan kerajaan PR dan pengurusan kewangan atau duit rakyat.
Saya
berharap semua pegawai-pegawai dan kakitangan di seluruh negeri Selangor terus
memberi sokongan dan kerjasama dengan meningkatkan sistem penyampaian dan
pengurusan supaya semua agensi pun dapat 4 bintang dalam masa akan datang.
Tuan Speaker,
Hutang Talam
Hutang Talam
2)
Sedangkan Kerajaan
PR dalam beberapa tahun yang lalu telah berusaha untuk mengutip hutang-hutang
dari pelbagai syarikat contoh Talam. Y.B. KKB mengambil masa panjang dan lebar
untuk mengutuk kerajaan. Teratai tidak faham, kalau Y.B. KKB dan rakan-rakan BN
mementingkan isu ini kenapa tidak hadir ke seminar-seminar berkenaan isu Talam
yang dianjurkan oleh kerajaan? Masuk dewan seolah-olahnya apa-apa pun tidak
tahu bagaimana transaksi dilakukan.
Isu ini jelas, jika
Talam berhutang, kerajaan mengambil alih asset mereka supaya ‘contra’
hutang-hutang yang ada sahaja.
Tuan Speaker,
Minta Koordinasi Diantar EXCO Untuk Melancarkan Pelbagai Program
Minta Koordinasi Diantar EXCO Untuk Melancarkan Pelbagai Program
3)
Dalam
beberapa tahun ini semua EXCO cuba memperkenalkan program atau sistem yang
baru. Hasrat EXCO adalah memastikan informasi atau dasar baru dapat
dilaksanakan di semua DUN.
Sampai
hari ini hampir semua program dilaksanakan melalui pejabat DUN. Oleh kerana kekurangan
koordinasi diantar EXCO jadi masing-masing menyarankan kerja kepada pejabat DUN
atau pejabat penyelaras DUN.
Oleh
sebab itu, pejabat ADN atau penyelaras dijadikan pejabat ‘event organising’ .
contoh, pemberian hamper hari raya & deepavali,pejabat kita bukan sahaja
cari penerima, buat panggilan dan sampaikan hamper tetapi perlu juga
mengaturkan pengangkutan untuk mengambil barang-barangan dari pelbagai setor
dan mengaturkan orang untuk membungkuskan semua hamper tersebut.
Pada
masa yang sama EXCO pendidikan dan EXCO wanita masing-masing meminta bantuan
untuk menganjurkan program yang dirancangkan oleh mereka.
Saya
tidak menafikan program-program tersebut boleh membawa manfaat kepada penduduk
tetapi perlu ada satu keseimbangan kerana pejabat masing-masing ada program
tempatan dan juga berperanan untuk mengatasi masalah-masalah penduduk.
Tuan speaker,
4) Pemilihan Ketua Kampung
Kita difahamkan rizab kerajaan semakin bertambah, walaupun hasrat
MB adalah untuk simpankannya untuk kecemasan. Tetapi Teratai bercadang
sebahagian daripada rizab itu boleh digunakan untuk tujuan mengadakan pemilihan
Ketua-ketua kampong.
Pemilihan Ketua Kg,
termasuk Kg Melayu, Kg Tersusun dan Kg Baru Cina
Dalam tahun 2011,
negeri Selangor telah mengadakan percubaan dalam pemilihan ketua kg di
tiga-tiga kampong. Ini telah menunjukkan hasrat kerajaan untuk mendemokrasikan
negeri Selangor ini dengan menurukan kuasa untuk orang-orang kampong.
Saya berharap kerajaan
boleh meneruskan usaha ini dengan mengadakan pemilihan ketua kampong di kg-kg
lain. Saya tidak bercita-cita untuk mengadakan pilihanraya ini di semua kg
secara serentak kerana ada beberapa kekangan teknikal tetapi kita harus
menghala ke depan dengan merancang beberapa pilihanraya ketua kg dalam masa
yang terdekat.
Saya berharap usaha
kerajaan tidak akan berhenti di “trial run period” tetapi haruslah merancang
dengan betul-betul jika tidak perlantikan ketua kampong akan dikatakan
perlantikan ‘kroni’.
Sama juga untuk
pemilihan ahli-ahli majlis. Walaupun ramai orang tidak sedar kepentingan untuk
memilih ahli-ahli majlis tetapi secara prinsip kita haruslah mengembalikan
kuasa kepada rakyat dengan mengadakan pilihanraya ahli-ahli majlis.
5. Geran Selangorku
Akhirnya saya ingin
berucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor kerana menyediakan
geran untuk menaik taraf fasiliti di seluruh negeri Selangor.
Ini jelas menunjukkan
bahawa kerajaan memulangkan hasil negeri kepada rakyat di Selangor melalui
geran tersebut. Tapi saya berharap perlaksanaan projek ini boleh dipercepatkan
supaya rakyat dapat menikmati hasil tersebut.