Manifesto Parti Rakyat
- Negeri Selangor
1 Keamanan dan keharmonian
Perlembagaan Persekutuan ialah asas
pembinaan negara. Perlembagaan harus diperbaiki untuk melindungi dan
memastikan keamanan dan keharmonian, kesaksamaan dan kesamaan layanan
untuk semua tanpa mengira kaum, agama, gender dan taraf sosial serta
untuk masyarakat demokratik.
2 Kurangkan kebergantungan pada
pekerja asing
Merangka pelan sepuluh tahun untuk
mengurangkan secara berperingkat pekerja asing di semua sektor.
Merangka skim insentif dan ansurans untuk menggalakkan belia
berkecimpungan dalam bidang kolar biru seperti sektor pembinaan.
3 Kembalikan pilihan raya kerajaan
tempatan
Kerajaan tempatan ialah rang
pentadbiran kerajaan Malaysia yang bawa sekali. Kerajaan tempatan ada
hak mengenakan cukai dan melaksanakan undang-undang tempatan ke atas
komuniti setempat. Pilihan raya kerajaan tempatan digantung pada
tahun 1964 atas sebab konfrontasi Malaysia-Indonesia, dan
dibatalkan pada tahun 1972. Sekarang ialah masa untuk mengembalikan
pilihan raya kerajaan tempatan supaya penduduk tempatan dapat
melaksanakan hak demokratik mengundi Datuk Bandar dan ahli majlis
tempatan. Kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan untuk melibatkan
calon-calon tempatan.
4 Peluang ekonomi untuk semua
Membawa kemakmuran dan peluang ekonomi
kepada rakyat. Menggalakkan suri rumah dan yang cacat bekerja dengan
melaksanakan masa kerja yang fleksibel dan membenarkan mereka
bekerja dari rumah. Memberikan bantuan kewangan yang
diperlukan kepada industri kecil dan
sederhana untuk memodenkan mesin dan proses pengeluaran hasil yang
otomatik.
5 Alam sekitar yang mampan
(sustainable)
Mengadakan pembangunan yang seimbang
dan mampan supaya alam sekitar dibela dan memastikan alam sekitar
mampan (sustainable). Mendidik orang ramai konsep 3R (
reduce—mengurangkan, reuse—guna semula,dan recycle—kitar
semula) dari peringkat sekolah rendah untuk meningkatkan kesedaran
sivik; memastikan kehidupan berkualiti; serta menggalakkan teknologi
hijau dengan diberikan insentif oleh kerajaan negeri.
6 Perumahan mampu milik
Penyertaan kerajaan dalam membekalkan
rumah mampu beli untuk golongan pertengahan bawah dan rumah murah
untuk golongan bawahan dan papa miskin. Laksanakan skim sewa dulu dan
beli kemudian bagi membantu golongan bawahan dan miskin membeli
rumah. Kerajaan merangka sistem jual-balik pembeli rumah mampu beli
dan rumah kos rendah kepada kerajaan bagi menghapuskan kegiatan
spekulasi.
7 Berganding bahu memperbaiki
keselamatan awam
Menggalakkan amalan kesukarelaan dengan
pengiktirafan oleh kerajaan negeri atau projek dianjurkan kerajaan
seperti rukun tetangga untuk menjamin keselamatan kumuniti.
Tubuhkan persatuan penduduk di semua kawasan perumahan dan membina
kerjasama yang rapat antara pihak polis dengan komuniti setempat
melalui persatuan penduduk masing-masing untuk membanteras jenayah
dan ketagihan dadah.
8 Tingkatkan daya persaingan
golongan belia
Berikan kursus inovatif dan dirangka
khusus sesuai untuk orang muda yang tidak melengkapi pendidikan
SPM untuk menghadiri akademi atau institusi teknologi dan membantu
mereka membina kerjaya diri sendiri mulai dari pelatihan.
9 Menggalakkan belia berkecimpungan dalam bidang pertanian dan
perniagaan pertanian dan berikan tanah kepada petani
Peningkatan penglibatan golongan muda
dalam sektor pertanian akan menolong meredakan masalah penuaan kaum
petani (aging agriculture population) dan mengurangkan masalah
pengangguran kaum belia. Ganjaran, latihan, bantuan dan tanah harus
diberikan kepada petani muda untuk memulakan kerjaya dalam pertanian.
Tanah harus diberikan kepada petani tanpa tanah.
Memperbaiki kemudahan (infrasruktur)
fizikal dan sosial di desa dan luar bandar serta mewujudkan peluang
pekerjaan dapat mengawal penghijrahan desa—bandar. Berikutannya,
hasil pertanian boleh ditingkatkan, dengan demikian mengurangkan
kebergantungan negara pada makanan import dan isirumah desa pada
keluarga di pusat bandar, dan juga memastikan bekalan makanan yang
mencukupi untuk rakyat.
10. Mewujudkan dasar pekerja supaya
syarikat swasta mengupah kakitangan tetap dan bukan kontrak
Mengubbal dasar pekerja supaya syarikat
swasta menggaji kakitangan tetap untuk memastikan golongan pekerja
dan keluarga mereka menikmati kestabilan kewangan.